Khamis, 4 November 2010

MAJLIS JASAMU DIKENANG BUDIMU DICANANG PENGAWAS PSS SESI 2009/2010


En. Azhar menyampaikan cenderamata untuk Tn. Hj. Khalib


Sdr . Amin sebagai pengacara dan En. Azhar menyampaikan ucapan


Tn. Hj. Khalib menyampaikan ucapan dan meja tetamu


Bergambar kenangan


RABU, 3 November 2010- Majlis Jasamu Dikenang Budimu Dicanang bagi Pengawas PSS sesi 2009/2010 telah diadakan di Dewan Santapan Asrama SMKTM. Seramai 80 orang Pengawas PSS lama dan baru serta 10 orang jemputan dalam kalangan Guru PSS, staf PSS dan para jemputan turut hadir dalam majlis tersebut. Tuan Hj. Khalib Bin Takim Pegawai PSP BTPNM turut hadir memeriahkan majlis jamuan tersebut. Sebelah paginya hingga pada waktu tengah hari telah berlangsung satu Kursus dan Bengkel Proses Teknik Bahan Sumber bagi Pengawas PSS baru. Inilah julung-julung kali diadakan program sebegini yang menggambung program kursus dan jamuan dalam masa satu hari. Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program yang sedemikian. Selaku GPM SMKTM dan bagi pihak pengurusan PSS SMKTM mengucapkan terima kasih kepada Tn. Hj. Khalib Bin Takim selaku tetamu dan barisan Pengawas PSS sesi 2009/2010 yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang.