Khamis, 28 Oktober 2010

PROJEK NAIKTARAF PUSAT SUMBER DAN BILIK GURU SMKTM

Kerja-kerja merobohkan bahagian dinding Pusat Sumber

Kerja-kerja merobohkan siling Bilik Guru dan dinding belakang bilik BBM



Kerja-kerja naiktaraf sedang giat dijalankan

RABU, 27 Oktober 2010 - Kerja-kerja naik taraf Pusat Sumber dan Bilik Guru sedang giat dijalankan. Kerja-kerja yang dijalankan ialah menggantikan beberapa bahagian dinding Pusat Sumber yang berpintu kayu dengan binaan dinding berbatu-bata. Hanya dua bahagian dinding berpintu kayu dikekalkan sebagai simbol warisan. Kerja-kerja turut melibatkan bahagian dinding kayu Bilik BBM yang turut dinaiktaraf dengan dinding berbatu-bata. Selain itu, Pusat Sumber turut dilengkapi pendawaian elektrik yang baru. Pendingin hawa di Pusat Sumber juga akan melibatkan kerja naiktaraf dan juga mendapat bekalan baru. Projek dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan bulan Disember 2010.