Ahad, 1 Ogos 2010

SILING PUSAT SUMBER SMKTM RUNTUH

Tn. Hj. Abd Razak, Pengetua bersama YB Gan Tian Loo,
Yb Yaakub Md Amin dan YB Goh (Adun Banda Hilir) meninjau tempat kejadian

Datuk Yaakub Md Amin, Pengerusi Pelajaran Negeri dalam sidang media

Tn. Hj. Abd. Razak Che Ngah, Pengetua SMKTM bersama YB Yaakub

Keadaan Siling yang runtuh

31 Julai 2010, Sabtu- Kejadian siling PSS SMKTM runtuh telah mengejutkan banyak pihak. Pengerusi Kerjaraya dan Pembangunan Negeri Melaka, Datuk Gan Tian Loo yang kebetulan hadir merasmikan Mesyuarat Agung PIBG dan Pengerusi Pendidikan Negeri Melaka, Datuk Yaakub Md. Amin turut meninjau tempat kejadian. Datuk Yaakub telah meminta pihak berwajib membuat tindakan segera supaya kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan. Beliau turut meminta pihak JKR supaya membuat pemeriksaan menyeluruh bagi memastikan kedudukan PSS dan Bilik Guru sama ada masih selamat digunakan.