Jumaat, 6 Ogos 2010

PROGRAM PENDIDIKAN LUAR

Para pelajar sedang menjalani aktiviti kumpulan

Ckg Azhar bersama pelajar

Tn. Hj. Mohd Han bersama pelajar

5 OGOS 2010, KHAMIS - Seramai 39 orang pelajar 2 Zeta dan 2 Omega telah mengikuti Program Pendidikan Luar Mata Pelajaran Geografi. Mereka telah dibawa menaiki bot River Cruise menyusuri Sungai Melaka. Sesuai dengan topik Petempatan dan Pembandaran dalam Sukatan Pelajaran Geografi, pelajar dibawa melihat Kampung Morten dengan lebih dekat lagi di samping melihat ciri-ciri fizikal dan ciri-ciri budaya di sepanjang laluan sejauh 9 km. Melalui aktiviti tersebut, para pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan tugasan mengumpul dan mencatat maklumat yang dikehendaki. Hadiah disediakan untuk para pemenang. Turut serta dalam program tersebut ialah Cikgu Azhar Bin Rejab dan Tuan Hj. Mohd Han Bin Hasan.