Selasa, 6 Julai 2010

ANUGERAH PREMIUM NILAM 2010





Isnin, 5 Julai 2010 - Satu Majlis Anugerah Premium Nilam telah diadakan di Dewan Besar SMKTM. Majlis disempurnakan oleh Tn. Hj. Abd. Razak Che Ngah, Pengetua SMKTM. Seramai 14 orang pelajar layak menerima Butang Rakan Pembaca kerana telah membaca lebih daripada 100 buah buku. Kemuncaknya apabila seramai 5 orang pelajar layak menerima hadiah saguhati berupa Pendrive 2 GB dan 3 hadiah istimewa Anugerah Premium Nilam 2010 berupa Pendrive 8 GB bagi pemenang tempat ketiga yang dimenangi Lok Yim Peng Tingkatan 5 KMA1, Radio Alarm Clock bagi pemenang kedua iaitu Amirul Id'ham Bin Hashim TingkaTAN 4 Omega dan MP3 Sony bagi pemenang utama iaitu Farith Azizi Bin Mohayyaddin Kader Tingkatan 4 Alfa. Lencana Terbaik Nilam turut diterima oleh Amirul Id'ham Bin Hashim dan Farith Azizi Bin Mohayyaddin Kader yang telah mencapai tahap Nilam dalam pembacaan. Anugerah Premium Nilam ini diadakan bagi mengiktiraf para pelajar yang melibatkan diri secara aktif dalam program Nilam dalam tempoh setengah tahun.