Tn. Hj. KHalib Takim bersongkok, selaku penceramah
En. Azhar Rejab (GPM) mengalu-alukan kehadiran penceramah
Tn. Hj. Khalib semasa memberi ceramah dan di majlis jamuan kudapan
RABU, 3 November 2010- Pusat Sumber SMKTM telah menganjurkan satu kursus dan bengkel bagi Pengawas PSS sesi 2010/2011 bertempat di Bilik Profesional 88 SMKTM. Kursus dan Bengkel Proses Teknik Bahan Sumber dikendalikan oleh Tn. Hj. Khalib Bin Takim Pegawai PSP BTPNM dari pukul 8.00 pagi hingga jam 1.30 ptg. Kursus berkenaan turut dihadiri oleh En. Azhar Bin Rejab (GPM), Pn. Nor Azah Said (Guru Perpustakaan), Pn. Awe Kechut (Pembantu PSS) dan En. Ghani (Pembantu Khas PSS). Para perserta kursus telah didedahkan dengan mengenali bahan di PSS, pengkelasan dan pengkatalogan dan seterusnya bengkel memproses buku.