KHAMIS, 28 JUN 2012 - Badan Pemimpin SMK. Tinggi Melaka telah mencipta sejarah yang tersendiri apabila semua calon pemimpin baru dipilih melalui proses temuduga secara berpusat. Seramai 8 orang panel yang terdiri daripada guru-guru pemimpin dan yang diketuai oleh En. Mustafa Bin Musa telah melaksanakan tugas ini dengan jayanya.Badan-badan pemimpin yang terlibat ialah Pengawas, Pengawas PSS, PRS, Koperasi, SPBT dan Badar. Idea yang diperkenalkan oleh Tn. Hj. Abd. Razak Bin Che Ngah ini boleh dikategorikan sebagai inovatif kerana calon-calon pemimpin yang dipilih akan ditempatkan mengikut bidang yang dipilih dan juga akan ditawarkan kepada mana-mana badan pemimpin yang lain sekiranya difikirkan layak oleh panel pemilih.Melalui kaedah ini, pada peringkat awal pelajar akan mengisi borang yang diperolehi di kaunter pejabat sekolah. Setiap pelajar diberi peluang untuk memilih 3 badan pemimpin yang hendak disertai mengikut keutamaan. Satu Jawatankuasa Khas dibentuk selaku penyelaras kepada proses pemilihan awal ini kemudian proses temuduga dilakukan oleh guru-guru pemimpin sendiri.