Sabtu, 3 Mac 2012

Majlis Memperkasa Nilam dan Pameran Pendidikan 2012











Isnin, 20 Februari 2012- Majlis Pelancaran Program Memperkasa Nilam dan Pameran Pendidikan 2012 telah diadakan dalam suasana yang gemilang. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Datuk Hj. Mohamad Yusoff Bin Osman, Pengarah Pelajaran Melaka sebagai tetamu khas. Majlis ini turut dihadiri Pengarah Perpustam dan KPP BTPNM. Pengarah Pelajaran turut melancarkan Kempen ' 1 Warga MHS 1 Buku' yang melibatkan semua warga MHS dikehendaki menyumbang buku baru ke Pusat Sumber. Pada majlis ini juga Anugerah Nilam Bonanza 2011 telah diadakan. Faith Azizi Mohayyaddin pelajar Tingkatan 5 Alfa 2011 telah memenangi hadiah utama berupa Kamus Elektronik bernilai RM 789.00, Sijil Penghargaan dan Piala Pusingan sebagai Tokoh Nilam 2011. Tokoh Nilam Harapan 2011 pula telah dinobatkan kepada Lee Chee Wei pelajar Tingkatan 3 Alfa 2011. Seterusnya Pengarah Pelajaran Melaka melawat tapak pameran yang terdiri daripada IPTS dan kolej-kolej swasta, Perpustam, pameran hasilan pelajar, jualan ICT dan jualan buku.