ISNIN, 22 Februari 2010 - Majlis Pelancaran Memperkasa Nilam dan Pameran Pendidikan kali ke-4 telah diadakan di Dewan SMK. Tinggi Melaka. Majlis di bawah anjuran Pusat Sumber SMKTM bersama Unit Kaunseling. Turut dilancarkan ialah 'Go Green Campaign' yang dianjurkan oleh Stamford College Melaka. Pelancaran dilakukan oleh Tn. Hj. Razali Baharom, Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPM yang mewakili Tuan Hj. Isa Bin Hj. Abu Pengarah Pelajaran Melaka. Kira-kira 20 kolej dan agensi luar turut sama mengadakan pameran. Selain itu, hasilan pelajar juga turut dipamerkan. Berkaitan dengan program Nilam pada tahun 2010, para pelajar ditawarkan hadiah lumayan berupa lap top dan pelbagai hadiah menarik sebagai suatu galakan.