Pada 6 hingga 8 November 2009 suatu Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Perancangan Strategik Sekolah telah diadakan di Tanjung Piai Resort. Seramai 28 orang yang terdiri daripada Tuan Hj. Abd. Razak Bin Che Ngah, Pengetua SMKTM dan barisan pentadbir yang lain serta guru-guru yang mewakili beberapa unit pengurusan terlibat dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat tersebut antara lain bertujuan mengemaskini butiran maklumat dan tugasan dalam 4 unit pentadbiran sekolah iaitu Pentadbiran Am, Kurikulum, Hal Ehwal Murid (HEM) dan Kokurikulum.