Pada 20 Ogos 2009 (Khamis) Pusat Sumber SMK. Tinggi Melaka telah menerima kunjungan lawatan pasukan penilai Pertandingan PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan. Tuan Pengetua, Tuan Hj. Abd. Razak Bin Che Ngah dan dua orang Pegawai BTP Melaka menyambut ketibaan dua orang pelawat tersebut iaitu Dato' Profesor Dr. Raja Abdullah B. Raja Yaacob (UiTM) dan Tuan Hj. Abd. Karim Bin Ahmad (BTP). Terlebih dahulu pasukan penilai dibawa ke Bilik Pengetua untuk menandatangani Buku Pelawat. Seterusnya penilai dibawa ke Bilik Profesional untuk menerima taklimat. Taklimat diberikan oleh Tuan Pengetua sendiri. Sesi taklimat berlangsung dari pukul 9.30 pagi hingga jam 11.00 pagi. Pada jam 11.30 pagi selepas jamuan ringan, pelawat dibawa melawat ke semua lokasi Rangkaian Pusat Sumber. Pelawat diringi oleh En. Azhar Bin Rejab (GPM) dan juga pegawai BTP Melaka. Penilaian tamat tepat jam 3.00 petang. Penilai seterusnya dibawa ke majlis jamuan bersama dengan pentadbir.
Penilai bersama Sdri Darwina Presiden PSS
En. Azhar bersama penilai di Galeri Premier